oo

Sabtu, 2 April 2011

Saya punya al kisah..


Seperti yang telah ditentukan oleh kedua orang tua saya tika lahirnya saya ke dunia ini pada 10 Disember 1988, dinamakan Mohd Hafizan yang bermaksud pemelihara.  Kadangkala ada yang memanggil saya ‘Jan, Pijan, Ustaz’..Dilahirkan di rumah di Paya Keladi, Kepala Batas, P.Pinang dan disitulah saya membesar sehinnga sekarang.  Lahir sebagai anak sulung yang kini mempunyai dua orang adik lelaki.  Jantina saya semestilah lelaki.  Berketurunan Melayu.  Alhamdulillah saya dilahirkan didalam keluarga Islam dan beruntung dilahirkan ketikamana negara Malaysia sudah mengecap kemerdekaan, oleh itu saya memegang status sebagai warganegara Malaysia. Sekarang saya berumur 23 tahun dan masih tiada peneman hidup, dalam erti kata lain ‘single and also available’..bukannya tidak mencari atau dicari, tetapi saya lebih sukakan sesuatu yang bersifat semulajadi walaupun ianya lambat tetapi kita perlu redha dengan ketentuan Ilahi dimana setiap daripada kita telah dijadikan berpasangan.  Memang agak sedih jalan cerita saya, tetapi sekarang biarlah dahulu saya menggalas tugas sebagai seorang pelajar.  Tipulah jika ada makhluk yang bernama manusia boleh membahagikan perasaan belajar dan bercinta, seperti topologi ‘ring’ didalam network.. satu rosak, semuanya rosak!.  Jika semasa belajar, kita bercinta..memang cintalah yang kita dapat.  Ini adalah pendapat dari diri saya sendiri, jika saudara saudari mempunyai pendapat masing-masing,terpulanglah..kubur tiada kongsi-kongsi.



Ini serba ringkas permulaan  ‘cherita Myself’...

Jumaat, 1 April 2011

keluarga..

ini alkisah keluarga saya..bermula dengan abah saya..namanya Ramli bin Ismail, berumur 52 tahun. abah saya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan. walaupun pekerjaan ini nampak seperti senang, tapi sebenarnya seorang pengawal keselamatan memegang satu tanggungjawap yang amat berat, kerja ini tiada cuti walaupun pada hari raya dan bekerja 24jam pada hujung minggu. oleh sebab itu, saya jarang berbual dengan abah saya kerana apabila beliau berada dirumah, saya tiada dirumah, beliau tiada dirumah, saya ada dirumah. walaupun jarang bertemu tapi masih rapat keakraban kami berdua.

mak saya bernama Che Perida bt Darus, klasik tak nama mak saya?
beliau berumur 46 tahun..mak saya tidak bekerja, jadi beliau menggalas tugas selaku surirumah tangga..sebagai perempuan yang bernama emak, tidak cukup resepilah jika beliau tidak berleter pada anak-anaknya yang baik ini. walaupun begitu, beliau cukup mengambil berat tentang kebajikan anak-anaknya iaitu saya dan adik-adik saya.

saya adalah anak sulung didalam keluarga Ramli dan Che Perida..
saya diberi nama Mohd Hafizan yang bermaksud 'pemelihara'..
untuk maklumat lebih lanjut tentang saya bolehlah rujuk pada post saya yang bertajuk,..'diri saya'.

adik saya yang pertama bernama Muhamad Azriwan..baru menamatkan SPM dengan jayanya. bagi mengisi masa yang terluang tatkala baru menamatkan persekolahan, beliau bekerja disebuah kilang bagi mencari rezeki dan meringankan beban keluarga.

adik saya yang kedua dan terakhir bernama Mohd Anas.  masih bersekolah di tingkatan dua.  beliau tinggal di asrama walaupun jarak rumah dengan sekolah hanyalah 1km sahaja.  katanya ingin mencuba kehidupan berasrama.

inilah serba sedikit tentang keluarga saya....

Sistem pendidikan yang telah diterima saya


Saya mula menerima pendidikan awal sejak dari kanak-kanak lagi dimana saya dihantar ke rumah jiran sebelah untuk mengaji Al-Quran..apabila melonjak umur 6 tahun, saya mula menimba ilmu di Tabika KEMAS Paya Keladi, dimana pada awal pengajiannya saya seringkali menangis dan melesapkan diri(lari balik rumah) kerana tidak minat! Tetapi diatas ketegasan dan ‘cengey’ nya abah saya, saya akur dan tidak lari lagi,itupun hari-hari ditemani oleh arwah nenek saya yang begitu rapat sejak dari saya bayi lagi..dialah peneman dan penyeri hidup saya bak matahari menyinari bumi!

Setelah selesai tadika,saya pun masuk sekolah rendah. Saya pun tidak tahu kenapa semasa di darjah satu,saya tidak lagi menangis kerana tidak minat bersekolah tetapi saya akan menagis jika lambat ke sekolah. Jika jam menunjukkan pukul 7.05 pagi, saya akan menangis kerana bagi saya itu dah lambat! Walhal masih awal...masuk saja darjah 6,datanglah UPSR dimana saya mendapat 4A,..hahahah
Terdetiklah hendak kesekolah asrama penuh, tetapi malangnya saya tidak mendapat sekolah berasrama penuh kerana sekolah itu telah PENUH!! Jadi saya pun bersekolahlah di SEK.MEN.KEB DATO ONN, BUTTERWORTH.. disaat inilah saya merasai kehidupan berasrama. *saya tinggal diasrama hingga tingkatan 2 saja ;)




Secara peribadi dan jujurnya saya ini tidak suka belajar dan tidak mahu meneruskan pengajian apabila tamat sekolah menengah, jadi saya ambil keputusan untuk bekerja.  Setelah hampir setahun lebih saya mengerah kudrat untuk bekerja, saya pun mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian kerana tidak tahan emak saya ‘beletiaq’. Ekoran itu, saya telah melanjutkan pelajaran ke INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN di Nibong Tebal, didalam jurusan Teknologi Komputer (Rangkaian)..setelah tamat pengajian, saya pun bekerja sebagai juruteknik komputer dan seterusnya sebagai juruteknik mekanikal di sebuah kilang. Setelah bosan bekerja ‘punch card’ yang selalu kena tepat pada masanya, saya pun mengambil keputusan untuk meneruskan diploma dalam bidang Rangkaian.  Tetapi tiada rezeki kerana pinangan saya untuk melanjutkan pelajaran di Adtec tidak kesampaian.* result baik-baik aje,(masih kebingungan sehingga sekarang)

Oleh kerana tiada tempat bagi saya di ADTEC, saya pun memohon untuk belajar separuh masa di UNIKL..dalam masa yang sama, atas nasihat bekas teman wanita saya, saya pun mencuba nasib dengan mengisi borang UiTM. 

Sehari sebelum saya membayar yuran di UNIKL, saya dapati bahawa saya berjaya mendapat tempat di UiTM..... pikiaq punya pikiaq, saya mengambil keputusan drastik dengan memilih UiTM sebagai destinasi ilmu saya. Oleh sebab musabab tertentu, kini saya berada di UiTM Perak. *sudah banyak semester disini, tapi masih belum ketemu jodoh ..

Aktiviti riadah di waktu terluang..


Lain rumput lain padang,..lain orang lain cara...
Jika sesetengah insan mempunyai aktiviti atau hobi yang kebanyakannya acapkali kita ketahui seperti bermain bola,tidur,beli dan belah..tetapi saya mempunyai aktiviti/ hobi yang boleh dikategorikan sebagai tidak pelik tetapi benar..sebagai seorang insan yang mempunyai nafsu dalam pelbagai aspek, hobi juga turut berubah-ubah mengikut peredaran umur..
Jika dibangku sekolah dahulu, saya seperti kanak-kanak lain yang suka bermain bola, tangkap ikan di sawah, melastik burung....tetapi apabila beralih pada zaman remaja...saya lebih cenderung kepada sukan permotoran dan konvoi bermotosikal...*bukan mat rempit




Nak dijadikan cerita, mungkin dari kecil lagi saya telah terdedah dengan motosikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap motor2 klasik.*masih mengumpul duit demi AZURA!!!
Jika mempunyai ringgit malaysia dalam kuantiti yang memberangsangkan, saya dan kawan-kawan akan pergi konvoi bermotosikal yang selalunya destinasi yang dituju adalah seperti Port Dickson, Kuala Kangsar, Perlis, Kuala Lumpur....kerana di tempat-tempat sebegitu sering diadakan himpunan motor-motor klasik. Dalam masa yang sama, dapat lah saya melancong dalam negara kita yang terdapat banyak khazanah yang masih belum diteroka. Sambil menyelam, minum air...
..buat masa sekarang, inilah kehidupan saya apabila tibanya musim cuti semester.


hobi saya pula bermain sepak takraw, snooker dan bekaraoke..
 

impian yang ingin digapai...

dikala umurku diibarat setahun jagung,.saya bermimpikan ingin menjadi seorang pejuang negara (askar).  cita-cita ini mungkin disebabkan saya diwaktu kecil seringkali gemar menonton filem-filem berunsurkan sejarah tanahair yang mengisahkan tentang pejuang-pejuang tanahair yang mempertahankan negara diwaktu negara masih lagi di tangan penjajah durjana. agak lama cita-cita ini berbuku dihati saya sehingga ke umur 13 tahun di waktu saya bersekolah rendah, saya menggangotai PKBM (LAUT).. tetapi tamat persekolahan, saya sudah tawar hati dengan cita-cita saya kerana merasakan kehidupan sebagai seorang askar tidaklah begitu  seronok kerana penuh dengan disiplin,.ini kerana saya adalah seorang yang tidak suka dikongkong..

 

selepas itu, tiada lagi cita-cita dihati saya..buat sementara waktu..

akhirnya selepas saya membuat kajian tentang diri saya, saya mendapati bahawa saya amat tertarik hati dengan bidang perniagaan dan keusahawanan..maka terbitlah cita-cita ingin menjadi seorang usahawan dimana cita-cita ini masih saya pegang dan Insyaallah akan saya realisasikan sehingga saya berjaya berada dipuncak menara gading!!
pernah jugalah saya mencuba nasib didalam bidang perniagaan ini,.
MLM, meniaga ais kacang, menjual burger, meniaga dipasar malam/ bazar ramadhan, insurans...itu adalah antara jenis-jenis bentuk pekerjaan yang pernah dilakukan saya bagi mencari pengalaman yang bermula dari akar umbi sebelum saya semai menjadi sepohon pokok yang mekar dengan rimbunan bunga-bunga duit..

CSC134..network

Collection of computers and devices connected via communications devices and transmissionmedia
  
What is a local area network (LAN) and a metropolitan area network (MAN)?
Network in limited geographical area such as home or office building
Wireless LAN (WLAN)
 
Metropolitan area network (MAN) connects LANs in city or town
What is a wide area network (WAN)?
Network that covers large geographic area using many types of media
Internet is world’s largest WAN